Rabu, 11 Mei 2016

PERKAHWINAN JARAK JAUH

- ASSALAMUALAIKUM -

Siapa yang pernah merasa perkahwinan jarak jauh ni ? 
Apa perasaan korang yang perkahwinan jarak jauh ni ?
Macam mana nak hadapi perasaan sedih dengan perkahwinan jarak jauh ni ?


Sebenarnya ni lah yang aku tengah alami sekarang :'( Perkahwinan jarak jauh .
Sekarang suami aku kerja dekat KLIA & tinggal dekat puchong . Aku pula kerja dekat ipoh . Actually company aku kerja ni ada cawangan dekat Time Square , sebelum berkahwin tu aku dah bgtahu dekat bos2 aku yang aku nak transfer pergi kl , masa tu dorang punya reaksi macam ok je .
Tapi 2 minggu sebelum nikah tu , dia kata kena buat surat untuk pertukaran . Then aku pun buat surat email dekat bos2 aku . Penyudah nya ! Pertukaran aku tak lulus :'( watdehek .....

Seminggu sebelum nikah tu aku banyak stress jugak la . Perasaan aku tak tentu arah :'( Sedih + risau semua ada . Tak sanggup nak berjauhan dengan suami :'( Seminggu selepas nikah & kenduri aku pun ikot husband balik puchong selama 2 minggu , sbb aku apply cuti 3 minggu . Selama 2 minggu tu bermula lah tanggungjawab aku as a wife . Setiap hari tu aku masak , buat kerja rumah semua . Pukol 5 pagi aku bangun masak untuk suami , sebab suami aku jenis yang bawak bekal pergi kerja . Tu lah rutin aku setiap hari .

Actually beberapa hari selepas aku kat puchong tu , aku ada pergi interview money changer dekat bukit bintang . Ni sdare aku jugak yang rekemen . Katanya confirm dapat . Masa ni aku dah berharap la , sbb ada rezeki aku nak stay dekat dengan suami .Then aku boleh resign dari company lama . Aku cakap kat dorang aku boleh start kerja 9/5 tu . 

Lepas interview tu , ada beberapa hari lagi sebelum cuti aku habis , aku tak dapat pun sebarang panggilan dari dorang . Maknanya aku terpaksa balik ipoh sambung kerja balik sementara . Bape hari tu aku mmg banyak susah hati , sedih , risau & kesian suami aku sorg2 kat sini :'( hari2 aku fikir sape nak masak untuk dia semua . Sumpah aku sedih . Aku cuba positive kan diri , tak ada rezeki lagi untuk kerja tu , mungkin ada hikmah :'(

3 hari sebelum cuti aku habis aku balik ipoh , suami aku yang hantar . Cepatnya masa berjalan masa tu . Perasaan aku masa tu tuhan jela yang tahu . Berat nya hati aku nak balik ipoh & suami aku sorg2 kat sana . uhukkk ~ 

Hari ahad petang suami aku pun balik ke puchong & aku kat ipoh stay dengan family :'( isnin aku start kerja balik . Sampai harini ( semasa entri ni ditaip ) aku still menangis lagi . Menangis sbb berjauhan dengan suami + kesian & risau dekat suami , walaupun setiap hari jumaat malam aku akan balik puchong balik , tapi serius rasa x sampai hati semua ada , sbb aku takde hari2 dengan suami . Tiap kali solat pun aku menangis mengadu kat tuhan agar kuatkan semangat aku :'( Tiap kali husband aku call pun aku akan nangis , hari2 aku rasa down . 


Niat aku taip ni sebab aku just nak buat ni sebagai tempat aku nak meluah apa yang aku rasa & kongsi perasaan aku :'(