Jumaat, 12 Jun 2015

Chocolate Moist Cake With Chocolate Ganache

Assalamualaikum ,
Sebenarnya ini adalah kek kegeraman yang eryn selalu buat dan hampir setiap hari eryn buat untuk customer . Kek ni yang paling ramai request . Yang penting sekali rasa mesti nak lagi :P
Takkan menyesal . So harini eryn nak kongsi resipi kek coklat moist ni .


Bahan A :

- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat

Bahan B :

- 1 1/2 cawan tepung 
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C :

- 3 biji telur




Cara-cara :

1. Masukkan kesemua Bahan A ke dalam periuk / kuali dan masak dengan api sederhana sehingga         larut .
2. Dalam bekas lain , ayakkan kesemua Bahan B .
3. Putar telur sehingga kembang . Masukkan campuran Bahan A ke dalam adunan telur dan putar           hingga sebati .
4. Masukkan Bahan B ke dalam adunan dan putar hingga sebati & tidak berketul-ketul .
5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi       adunan kek coklat .
6. Sapukan butter pada loyang / cup .  Loyang / cup harus ditutup dengan aluminium foil supaya air       wap tidak terkena pada kek .
7. Kukus selama 1 jam 10 minit . Jangan buka penutup pengukus sehingga masak . 



Chocolate Ganache

Bahan-bahan :

- 300 gm whipping cream
- 30 gm sirap glukos
- 500 gm dark chocolate ( hiris halus )
- 20 gm butter

Cara-cara :

1. Didihkan whipping cream & sirap glukos .
2. Tuangkan dalam bekas yang berisi dark chocolate .
3. Kacau rata sehingga coklat laut sepenuhnya .
4. Tambahkan butter . Kacau sehingga adunan licin & berkilat .
5. Tuangkan ke atas kek .


Erynz juga ada mengambil tempahan .
Jika berminat boleh whatsapp : 012-7222704
Harga bergantung kepada jenis saiz dan kuantiti .
Kawasan : sekitar ipoh sahaja ye ;)



Cheesy Egg Muffins


Bahan-bahan:
- 5 biji telur
- 1 labu bawang besar
- 1/4 biji lada benggala
- 1/2 cawan mixed veggies
- 1/2 cawan cheddar cheese
- 3 batang sosej ( dipotong dadu )
- garam ( seccukup rasa )
- lada hitam ( secukup rasa )

Acuan muffin


Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan di atas kecuali keju . Gaul sekata dan pukul sehingga agak kembang.
2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius dan sapukan butter pada acuan muffin.
3. Tuangkan adunan telur ke dalam acuan muffin dan taburkan cheddar cheese di atas permukaan.
4. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah celsius dan sehingga masak / keperangan.