Selasa, 16 Jun 2015

Resepi Dark Chocolate Chips Cookies mudah & sedap



Bahan-Bahan:

- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula perang
- 250gm butter
- 1/2 cawan serbuk koko ( kalau mahukan cookies yang gelap , kalau tak nak tak perlu letak )
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla 
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonate
- 2 cawan chocolate chips


Cara- Cara:

1. Ayakkan tepung gandum , serbuk koko , baking powder dan soda bikarbonate . Letak tepi .
2. Dalam bekas lain pukul butter dan gula perang sampai creamy.
3. Masukkan telur dan esen vanilla . Pukul selama 5 minit .
4. Masukkan adunan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk dan 
    gaul sehingga sebati .
5. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan gaul sehingga sebati mengikut pusingan jam .
6. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit . Sementara itu , sudukan adunan dan     susun dalam tray . Jarakkan sedikit susunan , kerana cookies akan mengembang .
7. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit . Bergantung pada oven masing-masing juga       ye.


Selamat mencuba , serius sedap ! Tak tipu :D cookies subway pun kalah . hihi .